Sabtu, 29 Oktober 2011

DST KSSR

Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I. Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih menarik. Ini juga untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di Tahap I.
MATLAMAT
Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/ psikomotor dan kemahiran TMK.
FOKUS
Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I adalah:
 Menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian.
 Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
 Memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK di dalam DST serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid.

 Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Tahap II.
Sains
Standard Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian.
Reka Bentuk dan Teknologi
Standard Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bertujuan supaya murid memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas TMK serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid.
DOKUMEN STANDARD
Dalam Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi, terdapat 2 Dokumen Standard Kurikulum (DSK) berasingan iaitu Dokumen Standard Kurikulum Sains yang mengandungi RBT dan Dokumen Standard Kurikulum TMK. Kedua-dua Dokumen Standard Kurikulum ini digabungkan dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi.
Tujuan DSK disediakan adalah sebagai garis panduan untuk guru di dalam p&p bagi mencapai matlamat DST.
Dokumen SK Sains mengandungi tema berikut:
 Sains Hayat
 Sains Fizikal
 Sains Bahan
 Bumi dan Sains Angkasa
 Teknologi dan kehidupan Lestari - Standard Kurikulum RBT berada di dalam tema ini.
DSK TMK disediakan bagi mencapai standard berikut:
 menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika
 memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian
 menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat
 menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat

 menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan
 menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran
 menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan