Isnin, 26 September 2011

Tugasan KRB3033

myLMS - Announcement

TUGAS KRT 3013

TUGASAN KRT3013 TMK..
1.Tugasan 1A - Forum 10% -tarikh akhir 3/10/2011
2.Tugasan 1B – Esei 20%
-Secara individu-Cara hantar emel kepada pensyarah mengikut Kumpulan
-4 hingga 5 m/s sahaja dalam format pdf/doc/mana-mana format yg bersesuaian 

Soalannya: Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses P&P di bilik darjah .Sebagai guru di sekolah rendah,jelaskan isu berikut:
1.Kenalpasti masalah pengajaran di dalam bilik darjah
2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (1)
3.Tugasan 1C – Pembangunan Blog 30% 
- Blogger-Link blog perlu diletakkan dalam MyGuru
-Markah akan di beri mengikut perkembangan blog
-Tarikh akhir 12/Dis/2011 « ‹ › »

Ahad, 25 September 2011

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer dalam kalangan kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan dan mendapat kembali maklumat, berkomunikasi, mencetak dan sebagainya. Juga diberi tumpuan kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, pemilihan perisian yang sesuai, perkembangan kemahiran asas melalui teknologi maklumat seperti mengenal nombor, huruf, kemahiran membaca dan kemahiran matematik.
OBJEKTIF KURSUS
1. Menyatakan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Menunjukkan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan.
3. Menyatakan dengan jelas implikasi penggunaan komputer dalam pembangunan keprofesionalisma guru.
4. Menunjukkan dan mengamalkan nilai dan etika murni dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
5. Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
6. Mengintegrasikan dengan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran

Sabtu, 24 September 2011

blog pendidikan TMK: Buka laman web yang disekat dengan Google DNS

blog pendidikan TMK: Buka laman web yang disekat dengan Google DNS: eperti yang telah sedia maklum, kerajaan Malaysia telah menyekat beberapa laman web termasuklah laman perkongsian fail yang popular seperti...